Sunday, July 29, 2012

Bonsai Lagi...Dan Lagi

Chinese Tea aku agak...salah betulkan
Bonsai

Bincang balik pasal hobi aku yang satu ni...setiap petang aku turun ke bawah...tempat aku tanam beberapa koleksi pokok bonsai...aku tau yang koleksi aku ni kutip ni tak seberapa...hahaha...mungkin ada yang gelak bila aku post gambar dalam facebook takde sorang pun yang komen...tapi aku suka hobi aku nie...serba sedikit hobi aku yang satu ni mengubah aku menjadi sorang yang lebih prihatin dan suka dengan tumbuh-tumbuhan....walaupun sebelum ni memang aku minat dengan mana2 bunga yang cantik sampai tau nama bunga dan juga orkid2...kadang2 masuk hutan sebab nak mencari orkid...hahahaha.


Bagi aku bonsai ni seronok...dia menambahkan imaginasi aku terhadap pokok yang aku nak train...dan juga boleh membuatkan aku tak tentu hala (bila tgk ada pokok yang berpotensi ditepi jalan)...betul...pelik hobi ni sebab ianya akan membuatkan ngko tgk pokok, belukar, semak sepanjang jalan differently..ialah nak cari pokok yang berpotensi dibuat bonsai...kadang-kadang marah bini aku sebab selalu sangat tgk belukar tepi jalan...yalah tgh drive.

Bolehkah?


Bolehkah?

Bolehkah?

Cantik...agak2 boleh tak kalau buat air layering



Serba sedikit belajar jugak pokok mana yang boleh buat bonsai. Sekarang nie tgh kumpul species yang boleh buat bonsai dengan gambar sekali...byk lagi kena belajar...pembajaan, penjagaan pokok, siraman, pembenihan...hahaha...cerita pasal pembenihan, sampai sekarang aku tak nampak benih yang aku beli (Japanese Maple Tree) aku tumbuh...dah ikut pun cara dia ajar dalam blog...tak kuar2 lagi jugak...agaknye salah kut cara aku buat...hehehe...kena cuba jugak kan...macam2 teknik dah cuba...skang nie tgh buat air layering (tut) pada pokok limau hutan...harap2 jadik...sebab buat tanpa hormon penggalak akar...dah carik tapi tak jumpa kat Miri ni...alih2 penguasaha nursery cakap...haiya banyak orang mau oh...masih order...belum sampai...Bila ntah nak sampai.

Satu lagi masalah ialah...takda member yang sama hobi...tak seronok jugak kadang2 kena jalan sorang ke mana2 pasal nak cari pokok baru...even isteri aku tak suka...anak aku mungkin ler...walaupun kecik lagi...harap2 suka jugak dia nanti supaya ada member pegi hutan cari pokok2 yang best2.

Skang nie kat sekolah yang aku ngajar nie ada dua tiga pokok saja...sebab yang lain sume dah hantar balik limbang...mana tidak hujung tahun kuning beb sebab takde yang siram...jadi skang nie tumpuan cari pokok dan biar tumbuh dulu dan hantar balik supaya boleh buat hujung tahun time cuti...heheh...nak buat macamna...merantau katakan...orait...sempena bulan puasa ni aku nak ucapkan selamat berpuasa dan jangan tak puasa...dan Selamat Hari Raya.

1 comment:

  1. salam..masih buat bonsai ke tuan?ada gambar koleksi terbaru?

    ReplyDelete

Science Year 5B. Unit 2: Humans

Assalamualaikum and Selamat Sejahtera. Science Today. 16/2/2021 10.00 to 11.30 a.m Unit 2 : HUMANS Instructions 1. Read the text on pages 19...